Wednesday, 10 August 2022

PROGRAM KACAU BUBUR ASYURA 1444H


Pada 10 Ogos 2022, PUSPANITA Daerah Kulim bersama-sama Kelab Kakitangan Pejabat Tanah Kulim dan Kelab Rekreasi dan Kebajikan Daerah Kulim telah bergotong-royong mengacau bubur asyura bagi menyambut kehadiran bulan Muharam. 

Kakitangan-kakitangan yang terlibat telah mula berkumpul di Parkir Pejabat Daerah dan Tanah Kulim seawal jam 8.00 pagi bagi memulakan aktiviti tersebut.

Program ini turut diraikan Pegawai Daerah Kulim Dato' Haji Abdul Bari Bin Abdullah serta barisan pegawai-pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Kulim. 




  











Ybhg Datin Fuziah Binti Mohd Sharif, Pengerusi Puspanita Daerah Kulim turut sama mengagihkan bubur asyura kepada semua ahli Puspanita Daerah Kulim.




   











































Perjalanan aktiviti telah berjalan lancar dengan gabungan Puspanita Daerah Kulim dan kelab-kelab Pejabat Daerah dan Tanah Kulim dengan menyiapkan 3 periuk besar bubur asyura dan selesai diagihkan kepada semua kakitangan yang terlibat.

Thursday, 30 June 2022

PROGRAM CERAMAH BIDADARI BE EXTRA ORDINARY -ENERGY MEMBINA ANAK-ANAK, IBU YANG POWER DAN JANGAN BISU LISAN ANJURAN PUSPANITA CAWANGAN NEGERI KEDAH


Program ini telah diadakan pada 30 Jun 2022 (Khamis), 8.30pagi -11.00 pagi bertempat di Pekarangan Masjid Zahir.
Program telah dianjurkan oleh Biro Pendidikan Dan Pembangunan Keluarga, Puspanita Cawangan Negeri Kedah.

Ceramah telah disampaikan oleh Prof Madya Dr. Sharifah Hayaati S. Ismail al-Qudsy
(Ketua Jabatan Siasah Syar'iyyah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya)

Sunday, 26 June 2022

Pesta Durian & Buah - Buahan Tempatan Kulim 2022


Pada 24 hingga 26 Jun 2022 telah berlangsung Pesta Durian & Buah-buahan Tempatan Kulim 2022 bermula pada jam 10 pagi sehingga 10 malam bertempat di Perkarangan Pasaraya Ikhwan (berhampiran Pasar Tani Kekal Fama Kulim).
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti :
- Jualan Durian dan Buah-Buahan Tempatan
- Jualan Produk2 hiliran durian & buah-buahan tempatan
- Kaunter Bayaran Cukai Taksiran Pengecualian Denda
- Kaunter Promosi Bayaran Kompaun Letak Kereta (tertakluk kepada terma & syarat bagi tahun 2021 ke bawah sahaja)
- Promosi Smart Parking Kulim
- Pemeran Anaerobic Digester (AD) Waste Management
- Derma Darah
- Jom Jadi Usahawan FAMA
- Persembahan Kesenian Islam
- Pra-Pelancaran Kulim Kedah Century Ride 2022
- Pra-Pelancaran Smart Parking Kulim
- Pertandingan Komuniti
i) Teka Berat Buah Durian
ii) Hiasan Fruit Basket Tercantik
iii) Gubahan Pulut Durian Ikut Mata Juri
iv) Rojak Ikut Tekak Juri
v) Mewarna Kanak-Kanak

Pada 25hb Jun 2022, Puspanita Daerah Kulim turut bersama-sama memeriahkan program ini dengan membuat sesi demonstrasi masakan berasaskan durian iaitu seri muka durian bunga talang yang dibuat khas pada hari tersebut.


proses membuat seri muka durian

















demonstrasi dibuat oleh Puan Zuraida Bt Hassan


 
Copyright 2018 Reserved to PUSPANITA DAERAH KULIM Design By Cik Nurfarah