Wednesday 30 March 2022

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kedah Darul Aman (HPPNK) Tahun 2022

Hari Peladang, Penternak & Nelayan 2022 telah berlangsung selama 5 hari bermula 27 Mac hingga 31 Mac 2022 yang bertempat di Stadium Mini Keladi, Kulim Kedah Darul Aman.

Puspanita Daerah Kulim bersama Puan Pengerusi Puspanita Daerah Kulim turut sama mengambil kesempatan yang julung kali diadakan ini dengan mengadakan Lawatan ke booth-booth yang terdapat di sini.

Tarikh : 30/03/2022 (Rabu)
Tempat : Stadium Mini Keladi, Kulim Kedah
















"Makanan Terjamin Negara Lestari.

Tuesday 29 March 2022

PROGRAM GOTONG-ROYONG DI KEDIAMAN PUAN SITI BEDAH


Pada 30 Mac 2022 (Rabu), lebih kurang jam 8.30 pagi Puspanita Dearah Kulim telah mengadakan 

Program Gotong Royong Di Sebuah Kediaman Warga Emas Puan Siti Bedah 

yang bertempat di Mukim Sungai Ular.


Puan Pengerusi dan pasukan Puspanita Daerah Kulim turut menyampaikan beberapa sumbangan bagi meringankan beban Puan Siti Bedah sekeluarga termasuk tilam dan kelengkapan makanan asas yang lain.

Tuan Penghulu Mukim Sungai Ular juga turut sama menghulurkan tangan membantu melancarkan aktiviti gotong royong pada kali ini.
















Tuesday 22 March 2022

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PUSPANITA DAERAH KULIM BIL 1 TAHUN 2022

Pada 22 Mac 2022 (Selasa) telah diadakan 

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Puspanita Daerah Kulim Bilangan 1 Tahun 2022

bersama Ahli-ahli Jawatankuasa 

bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Kulim.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Puan Fuziah Binti Mohd Sharif telah melantik ahli-ahli jawatankuasa yang baru dan turut membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan dalam masa terdekat termasuk Jamuan Hari Raya Aidilfitri kelak.


Tahniah dan selamat bertugas diucapkan kepada ahli-ahli yang telah dilantik  ♡



KUNJUNGAN KE PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI DAERAH KULIM (PPDK) 2022

Alhamdulillah pada 22 Mac 2022 (Selasa) pada jam 10.00 pagi

 Puan Fuziah Binti Mohd Sharif sebagai Pengerusi Puspanita Daerah Kulim 

bersama Ahli-ahli Jawatankuasa telah berkunjung ke

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Daerah Kulim (PPDK).

Kunjungan ini disambut ceria oleh anak-anak di PPDK Kulim dan kami turut memberikan sedikit makan pagi buat anak-anak disini ❤









Antara hasil kraftangan daripada anak-anak PPDK

Produk Alas Serbaguna hasil kreativiti anak-anak PPDK





















 
Copyright 2018 Reserved to PUSPANITA DAERAH KULIM Design By Cik Nurfarah