Wednesday 10 August 2022

PROGRAM KACAU BUBUR ASYURA 1444H


Pada 10 Ogos 2022, PUSPANITA Daerah Kulim bersama-sama Kelab Kakitangan Pejabat Tanah Kulim dan Kelab Rekreasi dan Kebajikan Daerah Kulim telah bergotong-royong mengacau bubur asyura bagi menyambut kehadiran bulan Muharam. 

Kakitangan-kakitangan yang terlibat telah mula berkumpul di Parkir Pejabat Daerah dan Tanah Kulim seawal jam 8.00 pagi bagi memulakan aktiviti tersebut.

Program ini turut diraikan Pegawai Daerah Kulim Dato' Haji Abdul Bari Bin Abdullah serta barisan pegawai-pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Kulim. 




  











Ybhg Datin Fuziah Binti Mohd Sharif, Pengerusi Puspanita Daerah Kulim turut sama mengagihkan bubur asyura kepada semua ahli Puspanita Daerah Kulim.




   











































Perjalanan aktiviti telah berjalan lancar dengan gabungan Puspanita Daerah Kulim dan kelab-kelab Pejabat Daerah dan Tanah Kulim dengan menyiapkan 3 periuk besar bubur asyura dan selesai diagihkan kepada semua kakitangan yang terlibat.

No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2018 Reserved to PUSPANITA DAERAH KULIM Design By Cik Nurfarah