Friday 24 July 2020

23.07.2020 - BANTUAN KASIH PUSPANITA DAERAH KULIM

Alhamdulillah,
Puan Pengerusi Puspanita Daerah Kulim, Puan Fuziah binti Mohd Sharif sempat meluangkan masa menyampaikan sumbangan kepada penerima bantuan pada 23 Julai 2020.
Bantuan kasih kali ini melibatkan 3 buah mukim iaitu Mukim Kulim, Mukim Keladi dan Mukim Junjung. Semoga bantuan dan sumbangan ini dapat meringankan sesikit beban yang ditanggung oleh penerima.















23.07.2020 - PROGRAM BICARA ILMU

Program Bicara Ilmu bersama Ustaz Muhammad Fawwaz Bin Muhamad Jan Anjuran PUSPANITA Daerah Kulim dengan kerjasama Pejabat Daerah Dan Tanah Kulim telah diadakan pada
23 Julai 2020 (Khamis) jam 9 pagi di Dewan Serbaguan Kelang Lama, Kulim.
.
Ucapan jutaan terima kasih diucapkan kepada EXCO Pembangunan Luar Bandar,
Pembasmian kemiskinan dan Pembangunan Insan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merbau Pulas, YB. Dato Hajjah Siti Ashah Binti Haji Ghazali.
Selain itu, ucapan terima kasih juga diucapkan kepada Pengerusi PUSPANITA Daerah Kulim kerana sudi melapangkan masa, para tetamu yang sudi hadir, serta barisan AJK dan ahli PUSPANITA Daerah Kulim yang bertungkus -lumus bagi menjayakan program pada kali ini.
Bicara ilmu kali ini membincangkan tentang
WANITA HEBAT, HIDUP BERKAT, AKHIRAT SELAMAT.























22 .07.2020 - MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PUSPANITA DAERAH KULIM BIL. 02/2020

Syukur ALHAMDULILLAH, 
Mesyuarat AJK PUSPANITA Daerah Kulim BIl.02/2020 telah diadakan pada 22 Julai 2020 (Rabu) jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat Rafflesia, Pejabat Daerah Dan Tanah Kulim. 

Terima kasih kepada Puan Pengerusi PUSPANITA Daerah Kulim 
iaitu Puan Fuziah binti Mohd Sharif dan semua AJK yang hadir. Mesyuarat kali kedua ini diadakan bagi membincangkan isu-isu semasa dan aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan agar PUSPANITA Daerah Kulim kekal aktif selain mengeratkan hubungan sesama AJK :-) 







Sunday 19 July 2020

18.07.2020 - PROGRAM SUMBANGAN IBU TUNGGAL DESA KEDA ULU LEGONG

Program Sumbangan Ibu Tunggal Desa Keda Ulu Legong ini diadakan pada 18 Julai 2020 (Sabtu) 
di Ulu Legong, Baling, Kedah

Terdapat lebih 50 buah rumah PPR Keda ditambah baik dan juga hampir keseluruhan rumah dijadikan inap desa (homestay)










 
Copyright 2018 Reserved to PUSPANITA DAERAH KULIM Design By Cik Nurfarah