Wednesday 11 May 2022

Lebaran Aidilfitri Bersamamu Tahun 2022/1443H


PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Kulim dan Deco Care telah menganjurkan Program Lebaran Aidilfitri Bersamamu Tahun 2022 bagi meraikan penghuni Pertubuhan Bela Didik Anak-Anak Yatim Islam Daerah Kulim (BEDAYA)
yang telah diadakan pada 10 Mei 2022 (Selasa) bertempat di perkarangan Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Kulim (Bougainvillea Park) dan dirasmikan oleh Ybhg. Datin Paduka Hariyanti Binti Amit (Pengerusi Puspanita Negeri Kedah).


Majlis turut disempurnakan dengan ucapan aluan Tuan Pegawai Daerah Kulim, Tuan Haji Abdul Bari Bin Abdullah, SDK., AMK., BCK serta dimeriahkan barisan pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Kulim. Turut bersama Puan Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil Daerah Kulim.

Majlis meraikan dan memberi sumbangan duit raya kepada Anak - Anak Yatim Pertubuhan Bela Didik Anak Yatim Islam (BEDAYA) Daerah kulim serta sumbangan kepada Rumah BEDAYA yang telah disampaikan oleh Datin Paduka Hariyanti binti Amit, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah.

Majlis juga turut juga dimeriahkan dengan persembahan oleh penyanyi jemputan dan nyanyian daripada Pegawai Pejabat Tanah Kulim sambil tetamu menjamu selera di meja makan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Kulim kerana telah menggembleng tenaga dalam menjayakan majlis ini.




























 
Copyright 2018 Reserved to PUSPANITA DAERAH KULIM Design By Cik Nurfarah