Monday, 17 September 2018

UPACARA PENGAMBILAN AIR MATA AIR BAGI ISTIADAT LETAK KERJA DAN ISTIADAT SIRAM TABAL SEMPENA PERTABALAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SULTAN KEDAH KE-29

ALHAMDULILLAH.. Syukur kehadrat Allah S.W.T atas limpah kurniaNya,
 Upacara Pengambilan Air Mata Air Bagi Istiadat Letak Kerja Dan Istiadat Siram Tabal Sempena Pertabalan KDYMM Tuanku Sultan Kedah Ke-29 telah dilaksanakan pada 1 September 2018 (Sabtu) yang lalu bertempat di Dataran Lata, Sedim di daerah Kulim dengan jayanya. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir bagi memeriahkan upacara tersebut. Antara aktiviti yang disediakan adalah Senamrobik, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Memasak, Free Market, Jualan Makanan dan banyak lagi. 




























Monday, 13 August 2018

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM TURUN PADANG PUSPANITA DAERAH KULIM KE SEDIM SEMPENA PENGAMBILAN AIR MATA AIR UNTUK SIRAM TABAL ISTIADAT PERTABALAN TUANKU SULTAN KEDAH

Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Norfazni binti Mustaffa, Timbalan Pengerusi I, PUSPANITA Daerah Kulim

Antara Ahli Jawatankuasa PUSPANITA Daerah Kulim yang hadir mesyuarat







Wednesday, 1 August 2018

PROGRAM BUAL BICARA KESIHATAN WANITA

PUSPANITA Daerah Kulim telah menghadiri Program Bual Bicara Kesihatan Wanita di 
Dewan Al-Hana, Sik, Kedah pada 1 Ogos 2018 (Khamis). 
Antara aktiviti yang disediakan dalam program tersebut adalah seperti berikut :
1) Perkongsian Ilmu Pengetahuan Dan Soal Jawab Berkaitan Kesihatan Wanita
2) Cara Muslimah/Wanita Menangani Stress
3) Pemeriksaan Kesihatan
4) Pemeriksaan PAP Smear
5) Pameran dan Jualan 

Antara ahli PUSPANITA Kulim yang hadir program

Tekun mendengar penerangan daripada Dr. Emilin berkaitan kesihatan wanita

Antara pameran dan jualan yang terdapat dalam program ini

Pihak Polis Dan Tabung Haji juga melibatkan diri dalam program tersebut



Ahli PUSPANITA Daerah Kulim bergambar bersama Dr. Emilin

Wakil PUSPANITA Daerah Kulim bertanya soalan kepada Dr. Emilin

Da'i Haminah penyandang Juara Da'i Milenia turut hadir memberi penjelasan berkaitan Cara Muslimah Menangani Stress

Bergambar bersama VIP dan ahli PUSPANITA daerah lain yang turut menghadiri program ini

Puan Ana Wahida merupakan seorang Pegawai Psikologi Pejabat Kebajikan Masyarakat berkongsi ilmu berkaitan cara menangani stress

Yang Berbahagia Dato' Pengerusi PUSPANITA Negeri Kedah menyempurnakan
Majlis Penutup Program Bual Bicara Kesihatan Wanita


Tetamu yang hadir ke program ini dapat menikmati buah-buahan tempatan yang segar dan sedap

Saturday, 28 July 2018

PERTANDINGAN BOLA JARING PIALA DATO SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH MERANGKAP PENAUNG PUSPANITA NEGERI KEDAH DARUL AMAN

PUSPANITA Daerah Kulim telah menyertai Pertandingan Bola Jaring Piala Dato Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Merangkap Penaung PUSPANITA Negeri Kedah Darul Aman pada  26Julai 2018 (Khamis) yang lalu di Dewan Wawasan, Daerah Kubang Pasu, Jitra, Kedah Darul Aman. Wakil PUSPANITA Daerah Kulim telah menunjukkan prestasi yang baik dengan menjadi Juara Kumpulan, tetapi tewas tipis di peringkat suku akhir. Tahniah kepada semua ahli PUSPANITA Daerah Kulim yang terlibat dalam pertandingan bola jaring tersebut samada secara langsung mahupun tidak. 

Gambar 1

Gambar 2

Fokus 

Barisan Pemain Bola Baring bersama 'supporters' PUSPANITA Daerah Kulim

Bergambar sebelum perlawanan bermula

Supporters yang sangat sporting

Berbaris sebelum perlawanan dimulakan

Pentas Utama

 
Copyright 2018 Reserved to PUSPANITA DAERAH KULIM Design By Cik Nurfarah