Sepetang Bersama Ahli Jawatankuasa Puspanita Daerah Kulim Bagi Tahun 2022 serta Mantan AJK Puspanita Daerah Kulim
Tarikh : 15.09.2022 (khamis)
Masa. : 2.00 petang
Bertempat : Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani
Majlis ini diadakan bagi mengeratkan lagi silaturahim serta dapat berkongsi pengalaman diantara AJK 2022/2023 serta mantan AJK sebelum ini.
Majlis dimeriahkan lagi dengan kedatangan YBhg. Datin Fuziah M Sharif , Pengerusi Puspanita Daerah Kulim serta isteri kepada Yang Dipertua MPKK Kulim, Puan Siti Fatimah binti Ahmad Rosdi.
Majlis yang bertemakan Flora diserikan lagi dengan sambutan hari lahir AJK serta pertukaran cenderahati/hadiah dikalangan AJK .