Sunday, 3 November 2019

29.10.2019 - MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PUSPANITA DAERAH KULIM BIL.3/2019

Mesyuarat AJK PUSPANITA Daerah Kulim Bil.3/2019 
telah diadakan pada 29 Oktober 2019 (Selasa) jam 10.00 pagi 
di Bilik Mesyuarat Pembangunan, Pejabat Daerah Dan Tanah Kulim. 
Ucapan jutaan terima kasih kepada semua AJK 
yang dapat meluangkan masa menghadiri mesyuarat kali ini.




























Monday, 21 October 2019

17.10.2019 - LAWATAN MESRA PUSPANITA DAERAH KULIM KE DAERAH KUBANG PASU

ALHAMDULILLAH.. 
PUSPANITA Daerah Kulim berpeluang mengadakan lawatan mesra ke Daerah Kubang Pasu 
pada 17 Oktober 2019. Ucapan jutaan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Datin Pengerusi PUSPANITA Daerah Kubang Pasu, YBhg. Dato' Pegawai Daerah Kubang Pasu, AJK & ahli PUSPANITA Daerah Kubang Pasu serta semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak. 
Kehadiran kami disambut baik dan penuh mesra. Semoga ikatan silaturrahim ini dapat diteruskan 
dan dikekalkan selamanya.

PENGERUSI PUSPANITA DAERAH KULIM MENYERAHKAN BUAH TANGAN
KEPADA YBHG. DATIN PENGERUSI PUSPANITA DAERAH KUBANG PASU


MENDENGAR TAKLIMAT DI KAWASAN PENTERNAKAN IKAN TALAPIA MERAH


TIBA DI PERUSAHAAN JAGUNG KG. PERING, MUKIM PERING

:-) 

SARAPAN BERTEMAKAN JAGUNG :-)


MAK TEH GULAI TEMENUNG KUALA SANGLANG


Thursday, 10 October 2019

24.09.2019 - "SEMINAR WACANA ILMU MENGENAI WASIAT"

PUSPANITA Daerah Kulim dengan kerjasama Pejabat Daerah Dan Tanah Kulim 
berjaya menganjurkan satu lagi seminar yang sangat bermanfaat 
yang diberi tajuk "SEMINAR WACANA ILMU MENGENAI WASIAT" 
pada 24 September 2019 (Khamis) jam 8.30 pagi 
bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Dan Tanah Kulim.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada penceramah yang sudi berkongsi ilmu, 
AJK PUSPANITA Daerah Kulim yang bertungkus lumus memastikan seminar ini berjalan lancar 
dan ahli-ahli PUSPANITA yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri seminar ini. 
Semoga tali persaudaraan sesama ahli dapat dieratkan selama-lamanya 
dan ilmu yang disampaikan oleh penceramah dapat menjadi ilmu yang berguna di masa hadapan.














08.08.2019 (Khamis) - SEMINAR TEKNIK MUDAH INGAT MAKNA BACAAN DALAM SOLAT


ALHAMDULILLAH.. 
PUSPANITA Daerah Kulim dapat menganjurkan SEMINAR TEKNIK MUDAH INGAT MAKNA BACAAN DALAM SOLAT pada 8 OGOS 2019 (Khamis) 
bertempat di  Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Dan Tanah Kulim dengan jayanya..
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi hadir ke seminar ini.. 
Semoga semua hadirin mendapat ilmu yang bermanfaat. In Shaa Allah.. :-) 










Monday, 8 July 2019

29.06.2019 - PROGRAM TURUN PADANG KE KUALA MUDA

Program Turun Padang ke Kuala Muda Anjuran Bersama PUSPANITA Negeri 
dan PUSPANITA Kuala Muda..
Program yang padat tapi santai serta hidangan makan tengahari yang sedap.. 
Makan sambil terkena hembusan angin sungai merbok..
***********************************

Lawatan ke Galeri Jerai Geopark

Menyusuri Sungai Muda sambil menikmati panorama hutan bakau
Lawatan Oysters Farm
Menikmati hidangan D Restoran Terapung Bayu
Beramah mesra dengan anak-anak yatim Che Bema



















 
Copyright 2018 Reserved to PUSPANITA DAERAH KULIM Design By Cik Nurfarah