PUSPANITA Daerah Kulim telah berkesempatan memberi sumbangan duit raya kepada pelajar yatim dan miskin di Sekolah Kebangsaan Taman Kenari, Kulim, Kedah pada 22 Mei 2019 yang lalu. Dengan sedikit sumbangan ini, diharap semua penerima akan bergembira disamping dapat membantu perbelanjaan harian atau untuk persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri 1440H pada 05 Jun 2019 nanti.
Mesyuarat Agung PUSPANITA Daerah Kulim Tahun 2019 berjaya dilaksanakan
pada 21 Mac 2019 (Khamis) jam 2.00 Petang bertempat di Bilik Mesyuarat Al-Hikmah,
Majlis Perbandaran Kulim, Kedah. Ucapan jutaan terima kasih diucapkan kepada
semua Ahli Jawatankuasa, urusetia dan ahli PUSPANITA Daerah Kulim yang hadir.