Sunday, 28 October 2018

PERTANDINGAN MASAKAN BAGI PESTA RAKYAT KEDAH SEMPENA ISTIADAT PERTABALAN KDYMM TUANKU SULTAN KEDAH DARUL AMAN KE-29



PUSPANITA Daerah Kulim berpeluang menyertai Pertandingan Masakan Bagi Pesta Rakyat Kedah Sempena Istiadat Pertabalan KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman 
Ke-29 yang berlangsung hari ini 29/10/2018 (Isnin) bermula jam 9.00 pagi di Jubli Emas, Jalan Suka Menanti, Alor Setar, Kedah Darul Aman.. 😍


#AyamGolekBerintiRebung


















Saturday, 13 October 2018

SUMBANGAN KEPADA ADIK HANNANI YANG MENGALAMI MASALAH JANTUNG DAN KINI DIRAWAT DI HOSPITAL KULIM DAN MEMERLUKAN RM10,000 UNTUK KOS PEMBEDAHAN

Puan Pengerusi PUSPANITA Daerah Kulim menyerahkan wang sumbangan kepada wakil daripada Hospital Kulim bagi pembiayaan kos pembedahan 'PDA Stenting' adik Hannani.
Adik Hannani yang mengalami masalah jantung Pulmonary Atresia dan Ventricular Septal Defect kini dirawat di Hospital Kulim dan memerlukan RM10,000 untuk kos pembedahan. Semoga adik Hannani diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan. Aamiin.

Adik Hannani

Puan Pengerusi PUSPANITA Daerah Kulim, dua dari kanan menyampaikan sumbangan kepada wakil Hospital Kulim

Monday, 17 September 2018

UPACARA PENGAMBILAN AIR MATA AIR BAGI ISTIADAT LETAK KERJA DAN ISTIADAT SIRAM TABAL SEMPENA PERTABALAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SULTAN KEDAH KE-29

ALHAMDULILLAH.. Syukur kehadrat Allah S.W.T atas limpah kurniaNya,
 Upacara Pengambilan Air Mata Air Bagi Istiadat Letak Kerja Dan Istiadat Siram Tabal Sempena Pertabalan KDYMM Tuanku Sultan Kedah Ke-29 telah dilaksanakan pada 1 September 2018 (Sabtu) yang lalu bertempat di Dataran Lata, Sedim di daerah Kulim dengan jayanya. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir bagi memeriahkan upacara tersebut. Antara aktiviti yang disediakan adalah Senamrobik, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Memasak, Free Market, Jualan Makanan dan banyak lagi. 




























Monday, 13 August 2018

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM TURUN PADANG PUSPANITA DAERAH KULIM KE SEDIM SEMPENA PENGAMBILAN AIR MATA AIR UNTUK SIRAM TABAL ISTIADAT PERTABALAN TUANKU SULTAN KEDAH

Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Norfazni binti Mustaffa, Timbalan Pengerusi I, PUSPANITA Daerah Kulim

Antara Ahli Jawatankuasa PUSPANITA Daerah Kulim yang hadir mesyuarat







Wednesday, 1 August 2018

PROGRAM BUAL BICARA KESIHATAN WANITA

PUSPANITA Daerah Kulim telah menghadiri Program Bual Bicara Kesihatan Wanita di 
Dewan Al-Hana, Sik, Kedah pada 1 Ogos 2018 (Khamis). 
Antara aktiviti yang disediakan dalam program tersebut adalah seperti berikut :
1) Perkongsian Ilmu Pengetahuan Dan Soal Jawab Berkaitan Kesihatan Wanita
2) Cara Muslimah/Wanita Menangani Stress
3) Pemeriksaan Kesihatan
4) Pemeriksaan PAP Smear
5) Pameran dan Jualan 

Antara ahli PUSPANITA Kulim yang hadir program

Tekun mendengar penerangan daripada Dr. Emilin berkaitan kesihatan wanita

Antara pameran dan jualan yang terdapat dalam program ini

Pihak Polis Dan Tabung Haji juga melibatkan diri dalam program tersebut



Ahli PUSPANITA Daerah Kulim bergambar bersama Dr. Emilin

Wakil PUSPANITA Daerah Kulim bertanya soalan kepada Dr. Emilin

Da'i Haminah penyandang Juara Da'i Milenia turut hadir memberi penjelasan berkaitan Cara Muslimah Menangani Stress

Bergambar bersama VIP dan ahli PUSPANITA daerah lain yang turut menghadiri program ini

Puan Ana Wahida merupakan seorang Pegawai Psikologi Pejabat Kebajikan Masyarakat berkongsi ilmu berkaitan cara menangani stress

Yang Berbahagia Dato' Pengerusi PUSPANITA Negeri Kedah menyempurnakan
Majlis Penutup Program Bual Bicara Kesihatan Wanita


Tetamu yang hadir ke program ini dapat menikmati buah-buahan tempatan yang segar dan sedap

 
Copyright 2018 Reserved to PUSPANITA DAERAH KULIM Design By Cik Nurfarah