Wednesday, 20 September 2017

'FREE MARKET' 2.0 @ KULIM ANJURAN BERSAMA PUSPANITA DAERAH KULIM DAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH KULIM PADA 04.08.2017






 
Sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kedah Darul Aman yang berlangsung pada 03.08.2017 sehingga 05.08.2017 di Dataran Kulim, PUSPANITA Daerah Kulim dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Kulim telah menganjurkan Program 'Free Market"2.0 @ Kulim pada 04.08.2017. Program ini adalah kesinambungan daripada Program "Free Market' yang pernah diadakan sebelum ini di mana sambutan yang diterima sangat menggalakkan.
 
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Puan Hidayah bt Hamzah, Pengerusi PUSPANITA Daerah Kulim yang telah turut sama turun padang bersama ahli-ahli PUSPANITA bergotong-royong mengasing, menggantung dan seterusnya mengagihkan pakaian yang disumbangkan kepada orang ramai.
 
Sekalung tahniah buat semua ahli PUSPANITA Daerah Kulim yang tidak pernah jemu menyokong semua program yang telah diadakan. Tidak lupa kepada Yang Berbahagia Tuan Penasihat PUSPANITA Daerah Kulim, Tuan Haji Mohamad bin Che Nai , Pegawai Daerah Kulim di atas sokongan dalam menjayakan program ini.

Saturday, 17 June 2017

PROGRAM SENTUHAN KASIH PADA 17.06.2017

Pada 16.07.2017, PUSPANITA Daerah Kulim bersama-sama Pejabat Daerah dan Tanah Kulim serta Jabatan & Agensi Daerah Kulim telah turut serta di dalam Program Sentuhan Kasih yang diilhamkan sendiri oleh YBhg Tuan Penasihat PUSPANITA Daerah Kulim, Tuan Haji Mohamad bin Che Nai. Program yang bermula seawal pada hari Khamis 15.06.2017 di mana para ahli PUSPANITA telah turut sama dalam kerja-kerja pembungkusan barangan sumbangan sebelum diedarkan kepada wakil-wakil jabatan yang turut serta.
Sebanyak 15 mukim di dalam Daerah Kulim terlibat di dalam program ini dengan disertai oleh 27 jabatan termasuk PUSPANITA Daerah Kulim dan Pejabat Daerah dan Tanah Kulim.
Program bermula seawal pukul 8.30 pagi di mana pelepasan semua kenderaan jabatan dilakukan sendiri oleh Tuan Pegawai Daerah merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Kulim.
Semoga keprihatinan dan usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam meringankan beban para penerima sumbangan terutama apabila menjelangnya Syawal nanti.
Sekalung tahniah buat PUSPANITA Daerah Kulim yang diterajui oleh Puan Pengerusi, Puan Hidayah binti Hamzah yang tidak pernah jemu memberi komitmen dalam semua aktiviti yang dijalankan.



 

 


Wednesday, 7 June 2017

PROGRAM FREE MARKET PUSPANITA DAERAH KULIM BERSAMA PEJ DAERAH DAN TANAH KULIM PADA 07.06.2017

Puan Pengerusi bersama sama Tn Penasihat berganding bahu merealisasikan program ini dengan dibantu barisan tulang belakang yg sgt komited.
Moga Syawal yg bakal menjelma dpt dirai dgn gembira oleh mereka yg kurang kemampuan ini..wlwpun hanyala pakaian terpakai tetapi kesemua pakaian ini masih elok dan cantik.Sekalung tahniah buat PUSPANITA DAERAH KULIM..











 
Copyright 2018 Reserved to PUSPANITA DAERAH KULIM Design By Cik Nurfarah