Pada 24 hingga 26 Jun 2022 telah berlangsung Pesta Durian & Buah-buahan Tempatan Kulim 2022 bermula pada jam 10 pagi sehingga 10 malam bertempat di Perkarangan Pasaraya Ikhwan (berhampiran Pasar Tani Kekal Fama Kulim).
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti :
- Jualan Durian dan Buah-Buahan Tempatan
- Jualan Produk2 hiliran durian & buah-buahan tempatan
- Kaunter Bayaran Cukai Taksiran Pengecualian Denda
- Kaunter Promosi Bayaran Kompaun Letak Kereta (tertakluk kepada terma & syarat bagi tahun 2021 ke bawah sahaja)
- Promosi Smart Parking Kulim
- Pemeran Anaerobic Digester (AD) Waste Management
- Derma Darah
- Jom Jadi Usahawan FAMA
- Persembahan Kesenian Islam
- Pra-Pelancaran Kulim Kedah Century Ride 2022
- Pra-Pelancaran Smart Parking Kulim
- Pertandingan Komuniti
i) Teka Berat Buah Durian
ii) Hiasan Fruit Basket Tercantik
iii) Gubahan Pulut Durian Ikut Mata Juri
iv) Rojak Ikut Tekak Juri
v) Mewarna Kanak-Kanak
Pada 25hb Jun 2022, Puspanita Daerah Kulim turut bersama-sama memeriahkan program ini dengan membuat sesi demonstrasi masakan berasaskan durian iaitu seri muka durian bunga talang yang dibuat khas pada hari tersebut.
 |
proses membuat seri muka durian |
 |
demonstrasi dibuat oleh Puan Zuraida Bt Hassan |